Ahli matematik Cina kuno (k.k. 1300 SM – 200 Masihi) Sejarah matematik

Rencana utama: Matematik Cina

Mulanya dari zaman Shang (15001027 SM), extant terawal matematik Cina mengandungi nombor-nombor yang dituliskan pada kerang kura-kura . Nombo-nombor ini menggunakan sistem perpuluhan, supaya nombor 123 dituliskan (dari atas ke bawah) sebagai lambang untuk 1 diikuti oleh angkanya untuk seratus, kemudian angkanya untuk 2 diikuti oleh angka untuk sepuluh, akhirnya angka untuk 3. Ini adalah sistem bilangan yang termaju di dunia dan membenarkan pengiraan diangkutkan pada suan pan atau sempoa Cina. Tarikh penciptaan suan pan tidak tentu, tetapi rujukan terawal adalah pada AD 190 pada Supplementary Notes on the Art of Figures yang ditulis oleh Xu Yue. Suan pan sudah tentu digunakan lebih awal dari tarikh ini.

Di China, pada 212 SM, Maharaja Qin Shi Huang (Shi Huang-ti) mengarahkan bahawa semua buku tersebut dibakarkan. Sedangkan arahan ini tidak dituruti dengan secara besar, sebagai akibatnya sedikit yang diketahui dengan tentu mengenai matematik Cina kuno. Dari Dinasti Zhou, karya matematik yang terlama yang telah diselamatkan dari pembakaran buku adalah I Ching, yang menggunakan 64 pilih atur sebuah garis pejal atau putus-putus untuk tujuan berfalsafah atau mistik.

Selepas tempoh pembakaran buku tersebut, Dinasti Han (206 BC—AD 221) menghasilkan karya matematik yang dianggapkan berkembang pada karya-karya yang hilang sekarang. Yang terpenting dari kesemuanya adalah Sembilan Bab pada Kesenian Matematik. ia mengandungi masalah 246 perkataan, termasuk pertanian, perniagaan dan kejuruteraan dan termasuk bahan pada segi tiga kanan dan π.

Berkaitan

Rujukan

WikiPedia: Sejarah matematik http://www.aams.org.au/contents.php?subdir=library... http://www.jewishencyclopedia.com/view.jsp?artid=2... http://mathpages.com/home/rhind.htm http://www.saxakali.com/COLOR_ASP/chinamh1.htm http://www.hum.ku.dk/cni/papcoll/high008.html http://www.math.buffalo.edu/mad/Ancient-Africa/ish... http://www.math.buffalo.edu/mad/Ancient-Africa/leb... http://www.math.buffalo.edu/mad/Ancient-Africa/mad... http://www.math.buffalo.edu/mad/Ancient-Africa/mad... http://www.tacomacc.edu/home/jkellerm/Papers/Mense...